Cerita ArtisHiburan

“Lebih Mirip Kepada Lembu Kacuk Babi” – Rita Rudaini Gelarkan Zhaf Vlog ‘Blogger Lembu’

Pelakon popular Rita Rudaini berang dengan tindakan seorang vlogger yang dikenali sebagai Zhaf Vlog yang dilihat seperti menghina dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon berkenaan menyelar tindakan Zhaf yang telah mengubah poster dalam filem lakonannya yang akan ditayangkan pada bulan hadapan.

“Tuhan bagi skal dekat ko bro bukan untuk ko guna menghina orang… ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin.

“Malu la kat agama lain bro. Lepas vaccine dah jadi lembu. Tuhan bagi ko jadi manusia ko pilih jadi lembu,” ujarnya.

Sebelum ini, vlogger yang kerap membuat review tentang filem telah memuat naik poster dengan memasukkan perkataan ‘anti vaksin’ dalam poster filem lakonan Rita.

Sehubungan itu, Rita juga telah menggelarkan Zhaf Vlog sebagai ‘blogger lembu’ atas tindakan yang dilakukan vlogger berkenaan.

“Blogger lembu memang akan buat content bodoh-bodoh macam lembu. Takat tu ja pun otak mampu pikiaq… nak masuk 2022 dah oi.

“Takat tu ja ka? Biasalah blogger sampah… gelaq diri sendiri blogger tapi tak nampak macam blogger pun. Lebih mirip kepada lembu kacuk babi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
4
+1
4
+1
38
+1
1
+1
12
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button