HiburanSelebriti

Lagu Hujan No 1 Trending Di YouTube, Iqbal Rasa Gembira & Sasar Akan Jadi Viral Sehingga Ke Indonesia

Baru sahaja dilancarkan pada pukul 5.00 petang semalam, single sulung usahawan popular Iqbal Zulkefli berjudul Hujan kini menjadi no 1 trending di YouTube.

Sehingga pukul 9.00 pagi ini, lagu ciptaan Oja,Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu sudah ditonton lebih 425,000.

Iqbal berkata, dia berasa sangat gembira dengan sambutan hangat yang diterima dan akan berusaha untuk memperbaiki lagi vokalnya.

“Kejayaan ini membuat saya akan lebih usaha lagi, terutama sekali belajar vokal. Walaupun Eric memuji saya cepas belajar, mudah bekerjasama dan tone suara saya okay, saya tetap nak belajar dan mungkin akan mengambil masa selama enam bulan.

“Biarpun sesibuk mana sekalipun, saya tetap akan belajar. Apa yang membuat saya lebih gembira apabila karya dan isi hati saya itu dapat dikongsi kepada masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Iqbal berkata, pihak Rusa Music juga memberitahu bahawa laguna itu mencipta sejarah tersendiri apabila video muziknya merupakan yang pertama mencecah view meningkat paling pantas.

Dalam pada itu, biarpun hasrat untuk menghasilkan single Hujan sebelum ini membuatkan dirinya dikecam dan dihina, Iqbal menyatakan dia tetap berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya boleh terima apa sahaja kata-kata orang dan tak terkesan dengan kecaman orang, kecuali daripada seorang penerbit yang saya rasakan tidak adil.

“Dia bukan setakat komen suara tidak sedap dan kepit, malah telah melontarkan fitnah. Kalau bagi komen agar saya lebih banyak belajar, saya boleh terima,” luahnya.

Mengenai perancangannya pula, Iqbal memberitahu sudah ada perancangan untuk menghasilkan single kedua, di mana kosnya akan ditanggung oleh pihak Rusa Music.

“Apabila saya pergi ke pejabat Rusa Music, saya diberi layanan VIP dan special. Malah, apa sahaja yang saya cakap, mereka akan ikut kerana keyakinan mereka terhadap diri saya. Kalau lagu Hujan saya keluarkan duit sendiri, untuk single akan datang pihak Rusa Music sanggup keluarkan kos yang tinggi.

“InsyaAllah, untuk lagu Hujan ini saya juga menyasarkan lagu ini menjadi viral sehingga ke Indonesia. Saya nak bina nama Malaysia agar lebih dikenali sehingga ke negara luar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
2
+1
9
+1
8
+1
0
+1
12
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button