Rancangan TVTV

13 Peserta Bakal Bersaing Rebut Juara GV8, Tampilkan Penyanyi Tiga Buah Negara Antara Kelainan Musim Ini

Saingan Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan seramai 13 peserta yang akan bersaing merebut gelaran juara.

Menariknya, buat julung-julung kalinya juga saingan GV turut menampilkan saingan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, keampuhan populariti dan kredibiliti jenama GV kini semakin matang.

“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun merupakan antara tarikan utama GV8 pada kali ini.

“Selain itu, kami turut melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani dalam kalangan penggiat seni berbanding dua juri tetap sebelum ini,” ujarnya.

Masih mengekalkan Datuk Ramli MS selaku juri tetap, GV8 turut menyaksikan dua orang lagi memegang peranan sama iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Untuk saingan kali ini pula menampilkan enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan duo/berkumpulan.

GV8 akan membuka saingan bermula pada 21 November dan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta disiarkan di saluran Astro Ria pada pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.cok

Senarai Barisan Peserta GV8

  • Datuk Fazley Yaakob
  • Aliff Aziz (Singapura)
  • Shidee
  • Scan
  • Adibah Noor
  • Nikki Palikat
  • Aweera
  • Nico
  • Apek & Yassin
  • Ani Mayuni
  • Suki
  • Bandi Amuk
  • Upiak Isil (Indonesia)
Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
3
+1
2
+1
9
+1
6
+1
16
+1
9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button