Cerita ArtisHiburan

Menang Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 34, Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November Ini Dengan Gadis Pilihan Hati Berusia 19 Tahun

Penyanyi popular, Haqiem Rusli mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang berusia 19 tahun pada 19 November ini.

Pengumuman tersebut dibuat Haqiem ketika di dinobatkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34) yang berlangsung malam tadi.

“Saya akan bernikah pada 19 November ini dan bagi mematuhui SOP, hanya seramai 200 tetamu sahaja yang akan diundang pada majlis pernikahan nanti.

“Apapun ini adalah malam yang paling tepat untuk saya umumkan kepada semua, terutama sekali peminat. Apa pun saya mohon doa yang baik-baik agar majlis berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Bercerita mengenai bakal isterinya itu, penyanyi berkenaan menyatakan gadis berkenaan yang juga tunangnya baru berusia 19 tahun dan mereka merupakan rakan kongsi perniagaan yang diusahakan bersama.

Ujarnya, dengan mengusahakan perniagaan bersama-sama, mereka kerap berjumpa dan lama-kelamaan membuatkan ia terpaut kepada bakal isterinya.

“Sebenarnya kami sama-sama mengusahakan perniagaan makanan steamboat. Pada asalnya dia kira ‘bos’ dan saya pula adalah duta kepada perniagaan tersebut.

“Apa yang saya boleh katakan, dia banyak melengkapi hidup saya dan banyak mengubah saya ke arah kebaikan,” ujarnya yang tidak mendedahkan nama bakal isterinya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button