Cerita ArtisHiburan

Maya Karin Dedah Ada Beberapa Lelaki Cuba Mendekati Dirinya, Termasuk Jejaka Australia

Sejak bergelar janda pada tahun 2010, pelakon popular Maya Karin mendedahkan dirinya cuba didekati beberapa orang lelaki.

Maya berkata, antara lelaki yang cuba mendekati dan mahu mengenalinya dengan lebih mendalam adalah seorang jejaka berasa dari Australia.

“Memang saya akui ada beberapa calon lelaki tempatan yang saya sedang kenal. Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya.

Maya berkata demikian dalam sesi IG Live bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS).

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu serta tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Maya yang juga merupakan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali menerusi filem Anak Halal (FFM21) dan Ombak Rindu (FFM25) itu juga sempat berkongsi mengenai kisah mengenai rasa bimbang melampau (anxiety disorder) yang dihadapiya.

Maya menjelaskan disebabkan perasaan yang dialaminya itu, dia tidak berjaya mendapatkan dua watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.

“Sewaktu menjalani kedua-dua sesi uji bakat itu, saya gagal melakukan yang terbaik disebabkan anxiety, malah tangan saya menggigil dan jadi berpeluh.

“Kemudian selepas lapan tahun, saya kini sudah boleh mengawal anxiety tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada doktor,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button