Cerita ArtisHiburan

Intan Ladyana Kini Lebih Teliti Memilih Tawaran, Terus Kunci Mulut Tentang Kisah Kehamilannya

Sudah 10 bulan melayari kehidupan sebagai seorang isteri, ternyata pelakon popular Intan Ladyana dilihat masih terus aktif dalam dunia lakonan.

Intan berkata, meskipun kerjayanya sebagai pelakon tetap seperti biasa, namun fokusnya sekarang lebih kepada keluarga dan akan memastikan kedua-duanya seimbang.

“Tidak dinafikan memang ada yang berubah selepas berkahwin dan pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Fokus saya kini bukan kepada kerjaya sahaja tetapi juga keluarga, jadi saya perlukan kehidupan yang seimbang.

“Sebab itu saya agak lebih teliti dalam memilih tawaran selepas berkahwin, selepas bergelar isteri saya tahu tanggungjawab utama saya adalah untuk menguruskan keluarga. Alhamdulillah, rezeki selepas berkahwin itu lebih murah,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai deras-desus tentang kisah kehamilannya yang kini sibuk diperkatakan, ternyata Intan lebih senang untuk tidak membuka mulut lagi.

Intan berkata, ketika ini dia dan suaminya, Harris mengambil pendekatan untuk menunggu waktu yang sesuai untuk membuat sebarang pengumuman.

“Buat masa ini tiada apa yang boleh saya kongsi lagi, tetapi saya berjanji kalau ada waktu yang sesuai untuk kami kongsikan berita yang gembira kami akan berbuat demikian.

“Cuma buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat di luar sana adalah doa-doa ikhlas kalian. Terus doakan kebahagian saya dan Intan,”harapnya.

Dalam pada itu, mengenai projek terbaharunya, Intan menyatakan dia dan suami baru sahaja memperkenalkan produk wangian body mist di bawah jenama Anugerah menerusi kobalorasi dengan Nori Malaysia Sdn. Bhd.

Melihat ini sebagai permulaan untuk mereka lebih serius dalam bidang perniagaan, jelas Intan lagi menjadi impiannya agar dapat mempelbagaikan produk di bawah jenama yang sama.

“Anugerah sudah mempunyai dua produk, satu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah saya dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man.

“Mengapa saya dan suami memilih Anugerah, sebagai jenama produk wangian kami. Tajuk lagu Harris berjudul Anugerah dan lagu ini sempena hari perkahwinan kami. Jadi perkataan Anugerah itu sendiri cukup istimewa buat kami berdua,” katanya.

Jelas Intan, ketika ini produk berkenaan sudah berada di lapan Aeon di seluruh negara dan pada tahun ini juga ia akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur.

Memilih untuk mengeluarkan Body Mist berbanding minyak wangi, kata Intan sebagai seorang ahli perniagaan dia dan suami sangat berhati-hati dalam memperkenalkan produk di bawah jenamanya dan bukan sekadar mahu mengikut rentak orang lain untuk berniaga.

“Bila pihak Nori Malaysia memilih kami untuk mengeluarkan produk wangian, saya dan Harris memang melihat Body Mist sebagai satu pilihan yang baik. Sebabnya fokus kami sendiri adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambat hati pengguna dari pelbagai peringkat umur.

“Kita tahu Body Mist lebih ekonomi selain boleh dipakai pada bila-bila masa . Berbeza dengan minyak wangi yang mungkin hanya boleh dipakai pada waktu tertentu. Paling penting kami mahu Body Mist Anugerah ini mudah dibawa ke mana-mana,” kongsinya.

Sementara itu bagi Harris pula, dia melihat peluang yang diberikan Nori Malaysia sebagai satu lagi cabang perniagaan yang ingin diceburinya. Walaupun hadir dalam tempoh pandemik kira-kira setahun lalu namun dia sentiasa percaya dengan kemampuan perniagaan ini.

“Bila Nori Malaysia tawarkan untuk jalin kerjasama, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk setuju. Antara sebab mengapa kami yakin dengan Nori Malaysia juga kerana ramai lagi rakan artis lain turut menjalinkan kerjasama.

“Selain itu, walaupun tawaran untuk memperkenalkan Anugerah dalam tempoh pandemik apa yang kami bersyukur bagaimana sambutan yang diberikan sangat baik. Malah selepas hampir setahun berada di pasaran kami juga sudah mempunyai dua produk dan ini adalah progres yang baik,” tambahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button