Cerita ArtisHiburan

Perlu Lakonkan Babak Kurang Sesuai Dengan Budaya & Cara Hidup, Tiara Jacquelina Tolak Peluang Berlakon Di Hollywood

Setiap pelakon pastinya akan mengimpikan untuk mendapat peluang berlakon di pentas antarabangsa, terutama sekali di Hollywood.

Bagaimanapun, pelakon dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui dia pernah menggapai peluang berkenaan, namun terpaksa menolaknya atas beberapa sebab.

Tiara berkata, tawaran yang diterima terpaksa ditolak kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi sekiranya dia menolak lakonkan babak-babak yang kurang sesuai dengan budaya dan cara hidupnya.

“Sehingga sekarang masih ada yang bertanya bila nak ke Hollywood. Sebenarnya memang ada pihak panggil uji bakat untuk pegang patak orang Asia… tahun lepas ada, tahun ni pun ada. Cuma saya tidak mahu dedahkan tajuk filem tersebut.

“Sebenarnya untuk ke Hollywood tidakla semudah seperti kita bayangkan, terutama sekali faktor budaya dan saya ini old fashion sikit. Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan,” ujarnya.

Perkara tersebut dikongsikan Tiara menerusi IG Live bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Selasa sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember ini.

Sesi yang bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) serta dikendalikan editor hiburan berpengalaman yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kehadiran ramai bakat baharu, penerbit itu menjelaskan bergelar pelakon memerlukan disiplin yang tinggi dan sentiasa belajar memperbaiki mutu lakonan.

“Apapun kena ada disiplin dan terus belajar serta jangan cepat rasa bagus. Perlu sedar ada beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.

“Secara terus-terang saya jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem. Misalnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka pula terkejut!” ujarnya.

Selain Tiara, antara barisan Pelakon lain yang berkongsi kisah menarik mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin Syamsul Yusiof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperti Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A Aida.

Sesi yang bermula Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button