Cerita ArtisHiburan

Sibuk Dengan Dunia Perniagaan, Karl Shafek Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Pengacaraan

Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mengakui erpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan gara-gara sibuk dengan dunia perniagaan.

Karl Shafek atau pemilik nama sebenar, Khairul Shafek Ibrahim menyataka dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa.

“Sebenarnya saya dah dua tahun senyap dalam bidang pengacaraan. Tidak dinafikan situasi pandemik membuatkan tawaran berkurangan. Selain itu, saya juga memberikan fokus terhadap perniagaan fesyen, Neonate Clothing Company.

“Ada tawaran yang datang sekitar Oktober dan November tetapi saya terpaksa tolak kerana Neonate terlibat dalam KL Fashion Week pada awal bulan ini.

“Yang terbaharu, saya pula kini baru sahaja terlibat dengan pernigaaan makanan iaitu Dulang Cafe di Kelana Jaya dan bertindak selaku Pengarah Urusan menguruskan banyak perkara,” jelasnya.

Karl Shafek berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pembukaan Dulang Cafe di Kompleks Kelana Jaya yang berlangsung baru-baru ini.

Mengakui rasa sayang menolak tawaran pengacaraan yang diterima, Karl Shafek menyatakan dia tidak ralat dan enggan menyusahkan pihak lain.

Jelasnya, dia juga tidak mahu melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa kerana sedar tidak mampu untuk menumpukan pelbagai masa.

“Saya sendiri ada masalah dengan tahap kesihatan mental dan saya akui saya tak ‘fit’ seperti dahulu. Sayang menolak tawaran yang datang tetapi saya kena sayangkan diri saya dahulu,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembukaan Dulang Cafe, Karl Shafek dan rakan perniagaannya mensasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan dalam masa terdekat.

“Sudah lama saya menanam impian nak buka kafe, malah ibu saya dahulu terlibat dalam perniagaan makanan dan katering secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, apa yang saya mimpikan jadi realiti.

“Bercerita mengenai Dulang Kafe pula, ia sebenarnya diasaskan oleh Tunku Kurshiah Aminah Atiah dengan mengangkat konsep makan dalam dulang. Kedai pertama kafe ini terletak di Nusa Jaya, Johor. Semenjak ia beroperasi dari 2017, kafe ini mendapat sambutan positif,” jelasnya.

Ujarnya, Dulang Kafe Kompleks Kelana Jaya merupakan cawangan pertama yang dibuka di Lembang Klang dengan mengkhususkan hidangan Melayu, Jawa dan Singapura dan menu istimewa adalah Nasi Ambeng Singapura dan Sup Tulang Merah.

“Kafe bakal dibuka secara rasmi bermula 29 November, dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam. Insya-Allah, saya dan rakan perniagaan memang bercadang untuk membesarkan lagi bisnes ini dan kami berharap agar semuanya berjalan lancar,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Salam Ahmad

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button