Rancangan TVTV

Nico G Terselamat Daripada Penyingkiran GV8, Aliff Aziz Terus Unggul Kekal Nombor Satu Buat Dua Minggu Berturut-Turut

Saingan Gegar Vaganza 8 (GV8) untuk minggu kedua masih belum ada sebarang penyingkiran, menyaksikan 13 peserta akan meneruskan saingan pada minggu ketiga.

Ia bermakna kumpulan Nico G yang mendapat markah terendah dengan 52.90 peratus menerusi persembahan lagu Kaulah Gadisku terselamat daripada penyingkiran.

Apa yang menariknya, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz terus mengekalkan momentum apabila terus berada di tangga pertama untuk dua minggu berturut-turut.

Mempersembahkan lagu kumpulan Padi berjudul Kasih Tak Sampai, Aliff mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 81.00 peratus.

Manakala seorang lagi peserta pilihan iaitu Adibah Noor pula berada di kedudukan ke-2 (72.80 peratus), Nikki Palikat ditangga ke-3 (71.70) peratus dan Suki Low berada ditangga ke-4 dengan marcha 69.70 peratus.

GV8 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala Datuk Ahmad Tamimi Siregar bertindak selaku juri jemputan. – KopiPlanet.com

Ada Lagu Ada Lagi (Tema Segalanya Ku Terima) – Minggu 3

  1. Kasihnya Laila – Aliff Aziz (81.00 peratus)

2. All I Ask – Adibah Noor (72.80 peratus)

3. Semalam – Nikki Palikat (71.70 peratus)

4. Badarsila – Suki Low (69.70 peratus)

5. Retak – Upiak (69.60 peratus)

6. Better Man – SAYA (66.20 peratus)

7. Boneka – Aweera (64.70 peratus)

8. Blue Suede Shoes – Shidee (61.10 peratus)

9. Nak Dara Rindu – Bandi Amuk (60.80 peratus)

10. Ini Rindu – Azan Scan (60.00 peratus)

11. Naluri (Hadirlah Kekasih) – Ani Mayuni (56.70 peratus)

12. Yang Sedang-Sedang Saja – Datuk Fazley Yaakob (56.00 peratus)

13. Manis – Nico G (52.90 peratus)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button