Cerita ArtisHiburan

“Nakal Takpa, Jangan Jahat” – Joe Flizzow Kongsi Pesanan Pengetua Sekolah Lamanya Ketika Bertemu Di Sebuah Majlis Perkahwinan

Baru-baru ini, penyanyi hip hop popular tanah air, Joe Flizzow telah berkongsi beberapa keping gambar pertemuan dengan pengetua sekolah lamanya di sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi pertemuan tersebut, penyanyi itu melahirkan rasa kagum terhadap bekas pengetuanya itu yang masih ingat ketika mereka bersemuka ketika dia berhadapan masalah disiplin dahulu.

“Selamat Pagi Cikgu. Bumped into my former high school principle at Sekolah Menengah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat at a wedding yesterday.

“Dia mengingatkan saya yang kali terakhir kita ‘bersemuka’ adalah ketika saya di panggil ke pejabatnya kerana masalah disiplin. I was amazed that she remembered every single detail of that meeting,” ujarnya.

Pada masa sama, Joe turut meluahkan penghargaan kepada semua guru yang telah mencurahkan segala ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Much love to all teachers that showered us with knowledge and love without expecting anything in return.

“She made my day when she said, “You turned out alright, more than alright. Nakal takpe, jangan jahat!”. TERIMA KASIH CIKGU!,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button