Cerita ArtisHiburan

Jalan Terbaik Selesaikan Krisis Rumah Tangga, Avaa Vanja Failkan Penceraian Terhadap Suami


Pelakon Avaa Vanja mengejutkan peminatnya apabila memfailkan perceraian terhadap suaminya hari ini. 

Pelakon yang bakal membuat kemunculan semula dalam dunia perfileman tersebut turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggal beliau yang kini berusia sembilan tahun.

Perkara tersebut disahkan oleh Saiful Ridzuan, pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.

Peguam Syarie, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata, “Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suami beliau di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak.

“Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat,” tambah peguam itu lagi.

Sementara itu, Avaa berpendapat tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga beliau. – Kopiplanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button