Cerita ArtisHiburan

Suami Nora Ariffin Tegaskan Semua Dakwaan Yang Dilemparkan Satu Fitnah, Anggap Ada Pihak Cuba Cemarkan Nama Baik & Perkahwinan Mereka

Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli menegaskan dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya dan suami adalah satu fitnah.

Rushi berkata, segala kenyataan oleh seorang individu yang telah menjadi viral sekarang ni bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan mereka.

“Saya yang bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini yang bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah.

“Adalah satu tohmahan yang berniat jahat dan buruk… Allahuakhbar, semoga Allah S.W.T memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dah perkahwinan kami,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat seorang individu yang mendakwa Nora dan Rushdi sudah dua tahun berkahwin dan dianggap telah menipu orang ramai ramai.

Selain itu, dakwaan tersebut juga menyatakan Rushdi sudah mempunyai isteri dan menceraikannya atas paksaan penyanyi berkenaan.

Pada masa sama, individu yang membuat dakwaan itu juga bertanyakan sendiri kepada Nora untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu. – KopiPlanet.com

*Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button