Cerita ArtisHiburan

Nico G Jadi Peserta Pertama Tersingkir Dalam Saingan GV 8, Nikki Palikat Muncul Juara Minggu Ketiga

Kumpulan Nico G telah mendapat markah terendah, sekaligus menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza 8 (GV8).

Menerusi persembahan lagu Manis yang dipopularkan oleh Zainal Abidin, ternyata kumpulan yang dianggotai Nico, Affa dan Dino itu gagal memikat hati juri dengan hanya mendapat markah sebanyak 50.10 peratus.

Sementara itu, saingan minggu ketiga pula menyaksikan penyanyi Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul muncul sebagai juara.

Nikki mendapat markah sebanyak 84.80 peratus dan diikuti Aliff Aziz (83.90 peratus), Adibah Noor (81.30 peratus dan Suki Low (78.60 peratus).

GV8 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala Datuk AC Mizal menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Ada Lagu Ada Lagi (Oh Berdirinya Bulu Romaku) – Minggu Ke-4

1. Zombie – Nikki Palikat (84.80 peratus)

2. Jika Kau Rasa Getarnya – Aliff Aziz (83.90 peratus)

3. Jika – Adibah Noor (81.30 peratus)

4. Jampi – Suki Low (78.60 peratus)

5. Getaran Jiwa – SAYA (73.30 peratus)

6. Bila Cinta – Aweera (71.50 peratus)

7. Cinta Sejati – Upiak Isil (61.30 peratus)

8. Satu Kesan Abadi – Bandi Amuk (60.10 peratus)

9. Hati Yang Terluka – Shidee (58.30 peratus)

10. Lebih Indah – Ani Mayuni (58.10 peratus)

11. Dir – Azan Scan (54.80 peratus)

12. Mahligai Syahdu – Datuk Fazley (54.00 peratus)

13. Nico (50.10 peratus)

Apakah reaksi anda?
+1
7
+1
2
+1
8
+1
2
+1
2
+1
5
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button