Cerita ArtisHiburan

“Bagitau Salah, Tak Bagitau Pun Salah” – Nora Ariffin Mahu Individu Yang Sebar Fitnah Terhadap Dia & Suami Tampil Bersemuka

Penyanyi popular Nora Ariffin meluahkan rasa tidak sangka apabila hasratnya mengumumkan tentang perkahwinannya dengan Dr Rushdi Ramli telah menjadi satu fitnah.

Menerusi luahan di Instagram miliknya, Nora berkata, tujuannya untuk menghebahkan berita perkahwinannya sebelum ini adalah mahu mengelakkan sebarang fitnah terhadap dirinya.

“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dgn perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yg berhak utk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.

“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan utk beritahu pada semua utk mengelakkan fitnah.  Niat saya betul2 kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah,” luahnya.

Jelasnya, sebagai seorang selebriti dia berhak untuk tidak berkongsi atau menerangkan segalanya tentang hal-hal kehidupan peribadinya sekiranya tiada keperluan.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa Nora dan Rushdi sudah dua tahun berkahwin, malah penyanyi itu dikatakan menyuruh suaminya itu menceraikan isterinya.

Dalam pada itu, Nora menegaskan ingin bersemuka dengan individu yang telah memburuk-burukkan dia dan suami dengan menyebarkan cerita yang tidak berasas.

“Saya menyeru kpd individu yg sengaja ingin memburukkan kami, please tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama2 bantu. Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yg tidak tepat & berasas ini???  Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. 

“Kenapa gunakan social media & FAKE ACC utk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya direct. Whats your intention?  Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami….tidak boleh dipaksa-paksa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button