Cerita ArtisHiburan

“I Want Her To Change Kerana Allah” – Caprice Tidak Mahu Isterinya Ubah Penampilan Semata-Mata Kerana Dirinya & Netizen

Penyanyi popular Caprice mengakui mendapat banyak mesej yang mempersoalkan dan memberi komen terhadap penampilan isterinya, Farra Inalis.

Caprice berkata, dia sendiri sebenarnya ada memberi teguran, namun dia enggan mendesak kerana merasakan dirinya sendiri juga mempunyai banyak kelemahan.

“The question ramai dm and comment… tak nak tegur bini ke? Believe me, i have. I dont force anything on anyone because i too have many weaknesses..

“I dont want her to change for me, netizens, or the public. I want her to change kerana Allah.. it has been tough for her ever since i threw her into my world and public life but insyaAllah i hope she gets here again one day @farra_inalis,” tulisnya.

Menurut Caprice, dalam teguran terhadap isterinya, dia juga banyak memberi contoh artis seperti Zizi Kirana, Fazura dan Izara untuk dijadikan inspirasi pembakar semangat buat dirinya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut mendedahkan ada berlaku sedikit pergaduhan apabila isterinya mempersoalkan kenapa dia jarang memuat naik gambar mereka bersama di Instagram.

“Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenape i jarang post gambar dgn dia dekat my main-page IG… i told her the only way i post gambar sama2 dgn dia kat sini is if dia berhijab. Nasib baik tak tido kat sofa. 

“InsyaAllah guys, i appreciate those that nasihat me in the dm, and i will try my best to be a good husband and a father,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button