Cerita ArtisHiburan

Kamal Adli, Uqasha Senrose Pilih Tanah Suci Mekah Sebagai Lokasi Pra Bulan Madu

Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akan memilih Tanah Suci Mekah dengan mengerjakan ibadah umrah sebagai lokasi pra bulan madu.

Uqasha berkata, ibadah umrah pada kali ini cukup istimewa buat dirinya apabila dapat melakukannya bersama-sama dengan suami setelah pernah dua kali ke Mekah sebelum ini.

“Kalau bercerita tentang umrah, semasa saya pergi kali kedua pada bulan puasa, antara doa saya adalah mengenai pasangan. Memang saya ini tidak sempurna, tetapi doa saya telah dimakbulkan Allah.

“Jadi, saya pun ajak Kamal pergi buat umrah sebagai tanda syukur. Walaupun kami akan terbabit dengan program TV membabitkan bulan madu, saya cakap kat Kamal yang itu kita pergi yang lain. Yang ini (umrah) kita akan tetap pergi,” ujarnya.

Uqasha berkata demikian kepada pihak media semasa berlangsungnya majlis pengumuman perkahwinan mereka yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, Kamal pula yang akan pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah menyatakan isterinya itu memang sangat teruja untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

“Uqasha pun sebelum ini ada cerita yang banyak doa-doanya termakbul sewaktu mengerjakan umrah dan itu yang membuat saya pun lebih bertambah seronok.

“Apatah lagi jodoh kami berdua juga adalah hasil doa dia (isteri). Sudah tentu pun rasa teruja untuk bersama-sama ke sana dengan dia,” ujarnya.

Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button