Cerita ArtisHiburan

“Amin… 4-0 Keputusan Sekarang” – Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Timang Cahaya Mata Keempat

Pasangan pelakon popular Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah selamat mendapat seorang lagi cahaya mata hari ini.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya beserta gambar isteri dan anak yang baru dilahirkan.

“Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi..

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan .. amin… 4-0 keputusan sekarang.. hehe,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak memaklumkan tentang jantina anaknya itu, tetapi difahamkan beliau mendapat cahaya mata perempuan berdasarkan caption ‘4-0’ yang ditulis.

Sebelum ini, pasangan berkenaan telah dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5 dan Nur Afrina Arya, 3 serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button