Rancangan TVTV

Awesome TV Tegaskan Tidak Utamakan Jumlah Pengikut Media Sosial, Utamakan Bakat & Penampilan Dalam Pemilihan Pelakon

Stesen televisyen Awesome TV menyatakan bahawa pihak mereka menetapkan prinsip asas dalam pengambilan selebriti khususnya pelakon untuk terlibat dalam setiap produksi stesen itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, Awesome TV sesekali tidak akan mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan pelakon.

“Kami lebih fokus kepada bakat serta kandungan program dan kami percaya kepada pencungkilan bakat baharu yang sesuai untuk dijadikan pelapis industri.

“Personaliti media sosial seperti di Instagram, Tik Tok, Facebook dan sebagainya tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sesuai untuk kandungan televisyen,” ujarnya.

Ujarnya, pihak pengurusan Awesome TV tidak mengutamakan jumlah pengikut media sosial, malah mereka menjadikan bakat dan penampilan sebagai kriteria utama dalam pemilihan.

Jelasnya lagi berhubung isu yang dibangkitkan beberapa pelakon sebelum ini, secara konklusifnya sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai.

“Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita serta pengarahan yang baik adalah formula yang tepat untuk berjaya menarik tontonan masyarakat.

“Sebagai contoh, telefilem Pang Pokok Ketapang yang meletakkan Amerul Affendi sebagai teraju utama berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 1 juta melalui tonton TV.  

“Telefilem tersebut turut menerima ciapan tertinggi melalui platform twitter yang memuji lakonan Amerul yang dilihat cukup menjiwai karektor melalui karya tersebut,” ujarnya.

Baharu-baharu ini, Amerul Affendi dan Zahiril Adzim secara berseloroh dan sinikal berkongsi membeli pengikut demi untuk ‘menurut’ kemahuan stesen TV.

Manakala Namron pula pernah memuatnaik foto separuh bogelnya, juga demi menyahut cabaran stesen TV yang mahukan barisan pelakon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu juta pengikut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button