Cerita ArtisHiburan

Kali Pertama Pergi Majlis Dengan Tampil Bertudung, Ramai Yang Tidak Kenal Dengan Anzalna Nasir

Tampil buat kali pertama menghadiri sebuah majlis dengan memakai tudung, ternyata pelakon popular Anzalna mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Anzalna, ramai juga yang tidak mengenalinya ketika dia muncul di anugerah berkenaan.

“First time pergi event bertudung. Ramai juga tak kenal I sebab sepanjang malam pakai mask. 

“Ghisau ada anak kecil kat rumah. 😅 Thank you @khoonhooi for this beautiful sopan dress,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah mengambil keputusan untuk bertudung pada September lalu sempena ulang tahun kelahiran suaminya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata memuji penampilan Anzalna, malah ada yang berharap agar dia terus kekal istiqomah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
3
+1
3
+1
0
+1
1
+1
4
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button