Cerita ArtisHiburan

“Dorang Biar Aku Tunggu Dorang Berbulan-Bulan, Dorang Bercuti, Bercheck In…” – Isteri Shuk Sahar Terus Sabar Menunggu Kepastian

Umum sudah mengetahui mengenai permasalahan yang berlaku dalam kehidupan rumah tangga membabitkan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Serra sehingga sudah tidak tinggal sebumbung.

Dalam posting yang dimuat naik di akaun TikTok milik Rossa, dia menyatakan sehingga kini dia masih menunggu dengan penuh kesabaran terhadap isu yang berlaku.

“Orang memperlakukan ku teruk, dorang biar aku tunggu dorang berbulan-bulan, dorang bercuti, bercheck in… aku sabar ja menunggu walaupun tiada kepastian.

“Sedih… jangan cakap la… tuhan je tau bila, di mana, berapa banyak aku menangis,” luahnya menerusi kata-kata yang ditulis di video yang muatnaik itu.

Sebelum ini, Shuk dikatakan masih lagi menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, malah Rossa sendiri sudah nekad untuk meminta cerai.

Dalam pada itu, Rossa juga mengakui dia tidak mampu untuk terus tabah terhadap apa yang berlaku pada dirinya sekarang ini.

“Menipu la ba tabah terus… tapi aku yakin ni cara Allah jadian insan macam ‘kita’ ni lebih sabar dan tabah.

“Bersyukur la dalam ujian ni kita orang yang dikhianat, bukan pengkhianat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1
+1
5
+1
21

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button