Cerita ArtisHiburan

Vokalis Kumpulan Screen, Gmie Disahkan Meninggal Dunia Setelah Dua Hari Dimasukkan Ke Hospital

Vokalis kumpulan Screen iaitu Gmie telah disahkan meninggal dunia awal pagi ini setelah dua hari dimasukkan ke Hospital Tengkuan Ampuan Rahimah (HTAR).

Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syam Jibam.

“Mendapat perkhabaran yang sedih di pagi Jumaat dukacitanya bahawa sahabat kita semua Hajmi Bin Ibrahim (Gmie Screen) telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 pagi ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) setelah dimasukkan ke hospital 2 hari lepas.

“Terima Kasih kerana menjadi penghibur kami semua… Terima Kasih kang Gmie jadi sahabat yang baik,” ujarnya.

Biarpun tidak dijelaskan punca kematiannya, namun pada April lalu penyanyi itu dilaporkan mengalami penyakit buat pinggang bocor.

Sebelum ini, Gmie yang bersama kumpulan Screen cukup popular sekitar era 90-an menerusi Bila Cinta Di Dusta dan Tak Suka Tak Apa.

Selain itu, arwah juga pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza 3 serta bersaing hingga ke peringkat akhir dan muncul pemenang di tangga ke-6. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
5
+1
4
+1
1
+1
2
+1
7
+1
9
+1
15

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button