Cerita ArtisHiburan

Zain Saidin & Anak Positif Covid-19, Che Ta Sekeluarga Terpaksa Tunda Percutian Ke Sebuah Pulau Persendirian

Sambutan ulang tahun perkahwinan ke-8 pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terganggu apabila suaminya disahkan positif COVID-19 bulan lalu.

Pelakon yang mesra disapa Che Ta berkata, sehari selepas suaminya positif, anak perempuan mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana juga turut mengalami nasib sama sehingga perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.

“Kalau ikut perancangan kami sekeluarga akan bercuti selama seminggu. Kami patut pulang dari percutian itu sehari sebelum sambutan ulang perkahwinan ke-8 yang diraikan pada 11 Disember lalu. Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, namun terpaksa tolak tawaran itu.

“Suami ada bergejala seperti batuk, selesema dan demam, cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana dan kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah. Namun begitu, Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami disahkan negatif. Apa pun syukur kini suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya.

Jelas Che Ta, suami itu hanya menjalani kuarintin di rumah sahaja dan ditemani dua anak lelakinya, manakala dia dan Aaisyah pula tinggal di rumah ibunya yang berada berdekatan.

“Semasa kejadian, mak saya ada di rumahnya di Subang Jaya. Kebiasaannya mak memang banyak berada di Kedah menghabiskan masa di rumahya di sana. Kebetulan juga unit rumah mak di sini berdekatan dengan kediaman saya.

“Jadi saya dan Aaisyah memilih untuk duduk di rumah mak. Suami pula terus kuarantin di bilik di rumah kami sendiri. Dua anak lelaki pun memilih menemani suami saya di rumah tetapi buat hal masing masing di bilik,”katanya.

Dalam pada itu, mengenai ulang tahun perkahwinan mereka, Che Ta berkata dia tidak menyangka masa seakan berlalu hingga usia perkahwinannya terus bertambah.

“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah. Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin.

“Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah. Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button