Cerita ArtisHiburan

Tertangguh Akibat Kakitangan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Terhadap Defendan Ke-4 & Ke-5 Diteruskan Pada Jumaat Ini

Peguambela kepada defendan keempat dan kelima kes perbicaraan saman fitnah siber yang diambil oleh Siti Nordiana memberitahu yang mahkamah akan meneruskan prosiding pada hari Jumaat ini. 

Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors memohon penangguhan kerana salah seorang kakitangan firma guaman itu positif Covid 19. 

Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 25 November lepas selepas membenarkan permohonan peguambela yang mewakili defendan keempat, Sam Musyadzafar Samin, 43 dan defendan keempat, Razidah Ahmad Senusi, 42.

“Pada hari kedua perbicaraan nanti, pihak pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas ke atas Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah.

Perbicaraan yang pada asalnya dibuat melalui aplikasi Zoom tersebut telah ditukar kepada pendengaran fizikal oleh mahkamah atas permohonan peguambela Sam Musyadzafar dan Razidah.

Pihak pembelaan secara konsisten menafikan dan terus menolak yang anak-anak guam telah memfitnah, seperti yang didakwa plaintif. 

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, mahkamah akan menyaksikan pihak pembelaan akan mengemukakan tujuh orang saksi.

Perbicaraan pada 17 Disember ini akan berlangsung  pada 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button