Cerita ArtisHiburan

Air Mata Shiha Zikir Mengalir Saat Bercerita Tentang Dirinya Dimaki Hamun Seorang Artis Popular

Penyanyi popular Shiha Zikir tidak dapat menahan air saat bercerita tentang dirinya yang telah dimaki hamun seorang artis bertaraf popular tanpa dia sendiri mengetahui puncanya.

Enggan mendedahkan nama artis yang dimaksudkan, Shiha memberitahu kejadian berkenaan berlaku beberapa bulan lalu setelah dihubungi artis tersebut.

“Saya menerima panggilan artis berkenaan dan dia terus memaki hamun, malah siap cakap lagi apa sumbangan saya dalam industri ini, layak ke saya berada di tahap sekarang?

“Sebelum ini, artis itu baik sahaja dengan saya. Sudah tentu saya terkejut kerana tidak tahu apa salah saya terhadap dia. Saya cuma mampu minta maaf kepadanya jika ada buat sebarang kesilapan,” jelasnya dalam keadaan sebak.

Shiha berkata demikian semasa ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan (AME2021) di Golden Screen Cinema (GSC), Tropicana Gardens Mall, di sini, semalam.

Mengakui artis berkenaan seorang yang sangat berjaya dan berada di tahap yang lebih tinggi berbanding dirinya, namun penyanyi itu beranggapan perkara yang berlaku itu akan memberi kekuatan terhadap dirinya.

Tegasnya, penglibatannya dalam industri bukanlah sekadar mengejar populariti semata-mata, tetapi mahu mencari rezeki dalam dunia seni.

“Saya jadikan karier seni ini kerana mahu cari duit untuk keluarga dan jaga ibu. Siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Cuma mungkin ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya raih sekarang ini,” jelasnya.

Sementara itu, Shiha yang kini sudah berkecimpung dalam bidang lakonan pula mengakui tidak menyangka berjaya lolos dalam Top 5 bagi empat kategori untuk Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021.

Ujarnya, kejayaan yang diraih ini dianggap sebagai satu rezeki yang diraih, di sebalik dugaan yang telah menimpa dirinya sebelum ini.

“Dah tercalon dalam Top 20 pun saya bersyukur, namun tercalon Top 5 untuk empat kategori pastinya memberikan kejutan buat saya.

“Bagi saya tercalon dalam satu kategori pun dah okey, namun terkejut apabila menerima banyak pencalonan. Tak sangka masih ada juga yang mengundi nama ‘Shiha Zikir’,” ujarnya.

Shiha berjaya berada dalam senarai finalis Bintang Filem Meletop, Group/Duo Meletop, Lagu Meletop dan Artis Versatil Meletop.

.AME2021 bakal berlangsung pada 30 Januari 2022 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button