Cerita ArtisHiburan

Raja Syahiran & Uyaina Arshad Kini Sah Bergelar Pasangan Suami Isteri, Tangguh Perancangan Bulan Madu Di Eropah

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad dan penyanyo Raja Syahiran kini sah bergelar pasangan suami isteri setelah diijabkabulkan pada pukul 9.03 pagi tadi di Colony Star Boulevard, KLCC.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad dengan bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

Uyaina atau pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Pada masa sama, kejadian banjir terburuk yang berlaku beberapa hari sebelum majlis pernikahan turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Pada majlis itu, Raja Syahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.

Namun begitu, tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak, malah mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.

Uyaina berkata, dia dan suami memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 100 tetamu menghadiri majlis yang dinanti-nantikan itu. Antara yang hadir adalah ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pasangan ini, memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang juga akronim Uyaina Raja Syahiran serta singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini yang mana menjadi judul lagu ciptaan Syahiran bersama Uyaina. Lagu terbabit dihadiahkan oleh ibu Uyaina, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari depan.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: @project2pi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button