PopularViral

Kejadian Pecah Masuk Di MYDIN Mart Ketika Banjir, Pengarah Urusan Mydin Halalkan Barang Yang Diambil Demi Kelangsungan Hidup

Baru-baru ini, kejadian kecurian di pasar raya Mydin Mart di Seri Muda, Shah Alam sewaktu berlakunya banjir baru-baru ini menjadi viral sehingga mendapat reaksi pelbagai pihak.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghalalkan barangan yang telah dicuri.

“Saya turut ingin member maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis MYDIN Mart tersebut yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya. Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

“Bersama kita memanjatkan da kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir sera pandemik ini sedia pulih seperti biasa. Terima Kasih,” ujarnya menerusi kenyataan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan berhadapan dengan kerugian berjuta ringgit akibat bencana alam yang berlaku itu.

“Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika
negara mash bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.

“Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button