Cerita ArtisHiburan

Deposit Bidaan Lelongan Aset Sajat Dinaikkan Daripada RM5,000 Kepada RM20,000

Setelah pembidaan pertama lelongan aset Sajat gagal apabila seorang pembida menghilangkan diri, aktiviti lelongan diteruskan buat kali kedua pada hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak firma guaman NHA Advocates & Solicitors telah diberitahu jumlah deposit yang harus dibayar oleh pihak yang ingin membida aset yang dilelong telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM20,000.

“Dengan ini, mereka yang berminat untuk membida dinasihatkan membawa wang tunai secukupnya di tempat lelongan di rumah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana hanya wang tunai sahaja yang diterima sebagai deposit.

“Bagi mereka yang berjaya membida asset yang dilelong, dinasihatkan juga membawa wang yang mencukupi atau menyediakan bank draf bagi memastikan bayaran terus dibuat selepas proses pembidaan oleh kerana hanya wang tunai atau bank draf sahaja yang diterima sebagai kaedah pembayaran pada hari esok,” ujar kenyataan tersebut.

Lelongan berkenaan dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar seperti diarahkan mahkamah kepada Nurwati Husin dan Mohamed Syakir Hussin daripada OWA Resources Sdn. Bhd. yang merupakan bekas stokis utama usahawan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button