Cerita ArtisHiburan

Intan Ladyana Yang Kini Hamil Cahaya Mata Sulung & Suami Dikejarkan Ke Hospital Setelah Positif Covid-19

Pelakon popular Intan Ladyana yang kini sedang hamil cahaya mata sulung telah dikejarkan ke hospital malam tadi setelah positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dimakeumkan menerusi satu perkongsian di Instagram Melodi berserta video pelakon itu berada di dalam ambulans.

“Pelakon @intanladyanaterpaksa dikejarkan ke Hospital Sg Buloh setelah disahkan positif COVID-19 dan beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama.

“Suaminya juga @harrisalif disahkan positif COVID-19. Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut menitipkan doa buat pasangan berkenaan, terutama sekali kepada Intan yang sedang berbadan dua. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button