Cerita ArtisHiburan

Polis Buka Kertas Siasat Berhubung Majlis Perkahwinan Pasangan Pelakon Popular Yang Didakwa Langgar SOP

Polis memaklumkan sudah membuka kertas siasatan berbuhung viral video sebuah majlis perkahwinan pasangan pelakon popular yang berlangsung di Genting Highlands yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis telah menerima laporan berhubung video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB).

Beliau berkata, hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu di sebuah villa di Genting Highlands.

“Menerusi video yang viral itu, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal. 

“Keadaan itu dilihat telah melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu,” katanya.

Zaiham berkata, berhubung perkara berkenaan pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.

“Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
7
+1
6
+1
12
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button