PopularViral

Letih Bekerja & Kurang Rehat Jadi Punca Pengasas Produk Kecantikan ESW Pengsan Semasa Majlis Pelancaran Activ White

Baru-baru ini, insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang juga pengasas produk kecantikan ESW pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen.

Ternyata perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @mummy_myra yang merakam insiden terbabit meraih pelbagai reaksi warganet.

Menerusi ruangan komen video yang sehingga kini telah meraih lebih 1.1 juta tontonan di TikTok itu dibanjiri dengan kritikan yang mendakwa Iddin hanya berpura-pura pengsan demi kandungan di laman sosial.

Malah, ada juga yang bersifat keterlaluan dan menuduh Iddin tidak sensitif kerana membuat gimik ketika negara berhadapan dengan krisis banjir.

Mengulas mengenai perkara berkenaan Iddin lantas menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu.

“Sebenarnya saya jarang menghabiskan masa membaca berita atau komen negatif, lebih-lebih lagi pada waktu macam ni sebab untuk berjaya, kita kena positif dan ‘spread positivity’.

“Cuma apa yang berlaku ini telah membuatkan saya tersentak apabila ramai staf dan anak team saya berkongsi screenshot komen netizen yang mengecam insiden saya tumbang ketika membuat ucapan penutup di acara ESW Grand Nomination dan Pelancaran Activ White yang berlangsung baru-baru ini.

“Cara netizen fikir ni kadang tak masuk akal. Untuk apa saya buat-buat jatuh demi content marketing? Ingat bahu saya ni ada insurans ke boleh dapat pampasan berjuta kalau terjadi apa-apa? Yes, walaupun saya memang ambil insurans nyawa.

“Dalam hidup anda, takkan tak pernah rasa penat tahap lemau? Ke tak pernah? Oh lupa, orang yang tak pernah penat ni cara hidup mereka mungkin pi kerja pagi, petang tak dan pukul 5 petang dah cabut lari!

“Dekat tempat kerja curi tulang tidur dekat desk atau surau agaknya! Manalah depa nak faham kehidupan usahawan seperti saya mahupun usahawan berjaya yang lain yang mempunyai belasan ribu ejen dan stokis,” luahnya menerusi satu posting di Instagram.

Pada masa sama, Iddin juga menjawab dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia tidak sensitif dengan mengadakan gimik ketika negara sedang berhadapan dengan bencana banjir. 

“Ini bukan tanggungjwb macam ikan bilis. Mana nak jaga perniagaan, team yang ramai, isteri, anak, keluarga dan kerja-kerja CSR lagi?

“Ada juga netizen kutuk cakap saya tak sensitif buat gimik waktu orang tengah susah hadapi banjir. Pertama, ini bukan gimik. Kedua, kalau anda follow saya, anda tahu apa yang saya dan team ESW dah buat utk bantu mangsa. Saya pernah post apa yang kami bantu serba sedikit.

“Tak perlu saya nak bentang resit beli barang tepek di Instagram nak puaskan hati semua. At the end of the day saya juga manusia biasa. Sejauh mana saya push diri saya, pasti akan ada satu saat saya merasa penat.

“Jadi daripada jadi netizen yang kerjanya mengecam saja, eloklah jadi netizen yang berminda positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata semangat kalian,” tulisnya.

“Jadual terlalu pack dengan meeting back to back, preparation untuk seminar membabitkan 360 ejen dan stokis termasuk penganjuran majlis ESW Grand Nomination Award dan pelancaran produk terbaru, Activ White.

“Sampai di Kuala Lumpur dua minggu sudah, kita dikejutkan pula dengan tragedi banjir kilat yang meragut nyawa dan kemusnahan teruk bagi sesetengah tempat,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai rakyat yang prihatin, team ESW turut sama membanting tulang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button