Cerita ArtisHiburan

“Demi Secebis Content…” Izreen Azminda Selar Tindakan Segelintir Pihak Persoal Dia & Suami Tak Follow Instagram Masing-Masing

Pelakon popular Izreen Azminda menyelar tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan tentang dia dan suaminya, Ude Wahid tidak saling follow Instagram masing-masing.

Dalam satu perkongsian di laman sosial tersebut, pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan suaminya itu memang sudah lama berbuat demikian.

“Demi secebis content… dah berzaman kot tak follow masing2.. apa masalah? Kitaorg sehat sejahtera ja kat sini.. nak kena follow nk kena post gambaq 5 minit sekali ka baru kategori bahagia??

“Yang hang pulak lebih-lebih dok mengundang post benda-benda lepas.. sakit ka apa hang ni? Ingat na.. post benda-benda yang boleh mengundang komen-komen negatif hinaan aib yang menjatuhkan dan sebagainya boleh didakwa!” tegasnya.

Izreen berkata, setakat ini dia hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja apabila timbul sesuatu perkara yang membabitkan dirinya.

Namun begitu, pelakon itu menyatakan bahawa kini sudah tiba masanya untuk dia mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.

“Semua pakat ada life masing2 dah.. hang pulak gelabah bewak stuck dlm life org lain. Lama dah aku dok senyap dgn org mcm hang ni.. nk kena amik tindakan gak ni.. tunggu sat hang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
2
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button