Cerita ArtisHiburan

Anita Baharom Kehilangan Insan Tercinta Apabila Suaminya Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon popular, Anita Baharom kehilangan insan tercinta apabila suaminya, Ismadi Ismail telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Anita menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum wbt Inna lillahi wa inna ilaihi roojiun…. Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak memaklumkan punca kematian suaminya itu

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis turut mengucapkan takziah kepada pelakon Dunia Baru dan Keluarga Iskandar itu atas kehilangannya.

Apakah reaksi anda?
+1
6
+1
2
+1
1
+1
1
+1
3
+1
11
+1
24

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button