Cerita ArtisHiburan

Setelah Mengenali Selama Enam Tahun, Azzam Sham & Sheryl Shazwanie Kini Bergelar Pasangan Suami Isteri

Penyanyi Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham, 24, atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham akhirnya telah selamat diijabkabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri, 24, di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan hari ini. 

Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl.

Pasangan selebriti ini telah mengenali selama lebih enam tahun sejak kedua-duanya dalam syarikat rakaman yang sama.

Kemudian mereka telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak awal September yang lalu dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas empat bulan dari tarikh pertunangan mereka. 

Lebih istimewa lagi, majlis pertunangan yang berlangsung sebelum ini dilakukan pada hari kelahiran Sheryl Shazwanie.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Azzam yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik yang menaruhkan single Cinta Jangan Pergi ciptaan Asfan Shah & Fedtri Yahya semalam berasa lega dan bersyukur apabila semuanya berjalan lancar.

“Memang gementar juga kerana saya perlu memikirkan persediaan di pentas semifinal dan persediaan menuju hari bahagia pada hari ini. 

“Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan saya bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal, dan sekiranya diberi peluang ke pentas Anugerah Juara Lagu dia akan tidak akan mensiakan peluang emas itu dan berjanji melakukan yang terbaik,” ujarnya. 

Jelasnya, selepas ini dia sedang dalam perancangan mengeluarkan single duet bersama isterinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button