Cerita ArtisHiburan

“Sampai Ke Harini Saya Masih Tak Tahu Lagi Nak Transfer Duit Company” – Aeril Zafrel Biarkan Isterinya Urus Semua Duit Perniagaan

Tidak dinafikan pasangan pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan antara usahawan yang cukup berjaya menerusi perniagaan yang diusahakan.

Menariknya, dalam satu perkongsian di akaun Facebook miliknya, Aeril turut berkongsi salah satu tips kejayaan yang diamalkannya sejak dahulu.

“Tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan wawa uruskan semua duit perniagaan kami.

“Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab sy percaya kalau wanita yg uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja,” ujarnya.

Pada masa sama, Aeril turut meluahkan rasa syukur dengan apa yang diperoleh sekarang, meskipun berdepan dengan banyak dugaan sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.banyak dugaan yg telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama.

“Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.. Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hingalah kejayaan Wawacosmetic pada harini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button