Cerita ArtisHiburan

Bermula Dengan Suka-Suka, Nasty Rock Crew Tak Sangka Cabaran Menari Di TikTok Jadi Viral

Sekumpulan penari muda bernama Nasty Rock Crew berjaya mencipta fenomena di laman sosial TikTok dengan satu cabaran menari.

Dance challenge di atas inisiatif mereka itu sendiri berjaya memeriahkan laman TikTok Malaysia apabila meraih ratusan respon positif.

Kebanyakan audiens yang menonton tarian itu mengakui rasa tercabar dan turut mencuba menghafal langkah tarian yang dicipta oleh Nasty Rock Crew.

Menurut salah sorang ahli Nasty Rock Crew, Muhammad Firdaus, tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu pada mulanya dilakukan atas dasar suka-suka.

Bagaimanapun apabila tampil dengan langkah tarian, Firdaus merasakan lagu itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalis.

“Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini. Malah audiens yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang untuk menang hadiah hebat seperti iPhone dan wang tunai”, kata Firdaus.

Bercerita mengenai latar belakang Nasty Rock Crew, menurut Firdaus, kumpulan ini telah aktif sejak Oktober 2010.

Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia tarian, Nasty Rock Crew telah meraih banyak kejayaan antaranya Juara Pertandingan Tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2015.

“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan sahaja satu hobi tapi juga menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok, dan ia menghiburkan pengikut kami”, jelas Firdaus.

Tambah Firdaus, aktiviti street dance sering dikaitkan dengan aktiviti yang tidak sihat. Namun Firdaus sekerasnya menolak dakwaan itu kerana aktiviti ini lebih sihat dan bermoral daripada melepak tanpa hala tuju.

Atas respon yang hebat, cabaran tarian Keluarga Malaysia ini dilanjutkan tarikh akhir penyertaannya sehingga 7 Februari ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button