Cerita ArtisHiburan

Perlukan Duit Untuk Teruskan Kehidupan, Shuk Sahar Mahu Jual Rumah… Nafi Guna Duit Untuk Kahwin Lagi Satu

Pelawak kontroversi, Shuk Sahar menyatakan ingin menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta yang terletak di kawasan perumahan Elmina.

Dalam satu video yang tular, pelawak itu memberitahu tujuan utamanya mahu menjual rumah berkenaan kerana memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

“Siapa yang nak beli rumah, saya perlukan duit untuk saya teruskan life saya, untuk saya mulakan benda-benda baru, jadi saya perlukan duit.

“Siapa-siapa ada kemampuan nak tengok rumah area Elmina boleh DM saya. Saya ada ambik ejen untuk jual rumah tu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi video itu juga Shuk menafikan tujuannya mahu menjual rumah kerana perlukan duit berkahwin lagi satu.

“InsyaAllah kalau aku nak kahwin lagi satu, InsyaAllah masih lagi ada duit. Saya perlukan duit untuk mulakan kembali memulakan kehidupan, saya pun dah tak berlakon,” ujarnya.

Sebelum ini, pelawak berkenaan yang sudah berumah tangga dikatakan telah menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
4
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button