HiburanSelebriti

“Such A Liar…!” – Cef Wan Sedia Tunjuk Bukti Bayarkan Majlis Perkahwinan Anaknya & Shikin Maembong

Setelah Shikin Maembong menafikan majlis perkahwinannya dengan Nadzri dahulu dibayar oleh bekas bapa mertuanya, Cef Wan tampil membuat kenyataan balas.

Menerusi perkongsian di Instagram, cef selebriti popular itu juga bersedia menunjukkan segala bukti bahawa yang dia telah membayar untuk majlis perkahwinan mereka.

“Such a liar! I asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yg bayar dan uruskan?

“I can bring my saksi-saksi ketika itu mcm aunty Florence and afew others yg ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self. I am sure i still can find the cheque bud itu,” tegasnya.

Jelas Cef Wan, dia tidak memfitnah mengenai perkara berkenaan, malah menyatakan bahawa anaknya sendiri mengakui tidak memiliki wang ketika hendak berkahwin dengan Shikin.

Ujarnya, melihat keadaan tersebut dia mengambil keputusan untuk menguruskan semuanya, malah menyatakan turut menaja 100 peratus ketika perkahwinan pertama anaknya itu.

“I dont fitnah this stupid person with her innocent face trying to accused me. Such lakunan drama dia ini.
Mesti owner of Ombak Asmara Restaurant in Ampang itu pun tahu. Termasuk saksi2 tetamu yg datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua.

“Sorry my son did not have the money to marry u at the time ( i asked him kau nak kawin dgn betina ni cukup duit tak? dia jawab no Pa, so i decided to help and arranged everything termasuk juga his first marriage saya taja 100%
instead i choose to help them both get married secepat mungkin after saya dengar macam-macam cerita di belakang saya,” luahnya.

Pada masa sama, Cef Wan turut meluahkan rasa kesalnya terhadap bekas menantunya itu setelah dia bersusah payah ketika perkahwinan mereka sehingga dituduh fitnah.

“Hello ini CW la….Satu dunia tahu my generosity and kindness. Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dgn org tua2 apa lagi to bite the hand that once feed u and your family.

“Its a disguting, shameful and embarrassing behaviour! I will proof apa yg di canang kan satu dunia ini kononnya Fitnah kita tengok siapa yg bakar siapa nanti!” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
11
+1
15
+1
1
+1
7
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button