Cerita ArtisHiburan

“Senang Daddy Ingat Birthday…” – Syamel Maklumkan Isterinya Ernie Zakri Selamat Melahirkan Cahaya Mata Perempuan

Penyanyi popular, Syamel memaklumkan bahawa isterinya, Ernie Zakri telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pagi tadi.

Berita mengenai kelahiran anak sulung pasangan tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Syamel menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah , Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy igt birthday , 22.02.2022.

“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” tulisnya.

Sementara itu, Ernie menerusi posting di Instagram pula meminta agar semuanya mendoakan kesihatan buat diri dan bayi yang baru dilahirkannya itu.

“Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua,” ujarnya.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button