PopularViral

Mahu Kelihatan Cantik… Bekas Peserta Ratu Cantik Rusia Kini Derita Wajah Jadi Hodoh Lepas Jalani Pembedahan Plastik

Mahu cantik tapi ‘bala’ yang sampai. Itu juga nasib yang menimpa seorang ratu cantik dari Rusia yang menderita apabila pembedahan plastik yang dilakukan gagal.

Dia bukan sahaja menderita akibat ‘kecacatan’ tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak lagi dapat menutup mata dan tidak boleh senyum.

Nasib malang yang menimpa Yulis Trasevich, 43, bermula apabila dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Dia yang datang ke situ untuk membetulkan kelopak mata dan melakukan sedutan lemak tiba-tiba sahaja mengalami radang dan bengkak.

“Saya datang kepada mereka dengan wajah yang sihat dan cantik. Saya datang hanya ingin membetulkan beberapa nuansa yang disebabkan penuaan. Tapi malangnya, saya telah kehilangan kesihatan,” katanya.

Tidak putus harap, dia melakukan sekali lagi pembedahan untuk membetulkan ‘kecacatan’ yang dialaminya.

Namun pembedahan tersebut masih tidak berjaya dan dia masih tidak dapat senyum manakala matanya masih tidak boleh ditutup.

Sudah berhabis sejumlah duit untuk perkara berkenaan namun kecacatan yabg dialaminya masih belum dapat dipulihkan.

“Saya mempunyai parut yang terbentuk di pipi apabila mereka (doktor bedah) mengoyakkan semua tisu kulit saya. Mata saya tak boleh tutup dan saya tak boleh senyum.

“Saya tak boleh angkat bibir atas dan satu bahagian muka saya tak berfungsi sama sekali,” katanya lagi.

Tidak berhenti setakat itu sahaja, Yulia membawa perkara ini ke mahkamah dan mengheret dua doktor tersebut.

Mereka mendakwa perkara tersebut berlaku disebabkan masalah genetik dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button