PopularViral

Pemuda Bengang Dengan Syarikat Penghantaran, Motor Yahama RXZ Yang Dipos Sejak Dua Bulan Lalu Masih Tak Sampai

Sudah dipos Disember lalu tapi sampai sekarang masih belum sampai. Itu juga nasib yang menimpa seorang pemuda yang dikenali dengan nama Mohd Zakri yang bingung dengan nasib yang menimpa diri.

Motor Yamaha model RXZ yang dipos daripada Tawau, Sabah lebih dua bulan lalu masih belum sampai dan menimbulkan tanda tanya kepadanya.

“Saya pos motosikal saya dari Tawau pada 13 Disember 2021 dan jadi sampai sekarang motosikal saya masih tak sampai lagi ke alamat penerima.

“Saya dah cuba semak ‘tracking number’ tapi macam tidak dikemas kini, apabila saya hubungi pihak kurier asyik beri alasan sama,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Sudah membuat semakan menerusi syarikat kurier yang mengendalikan pengantaran tersebut, sistem menunjukkan yang motosikal miliknya sudah pun keluar dari pusat kurier di Tawau.

Namun yang menjadi persoalan mengapa sampai ke harini dia masih belum menerima motosikal terebut dan bingung di manakah kedudukan sebenar ‘barang berharga’ berkenaan.

“Kali terakhir saya hubungi pihak operasi kurier, mereka mengatakan motosikal saya kemungkinan masih berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.

“Tapi sebelum ini apabila saya hubungi mereka, pihaknya kata motosikal dah sampai Port Klang. Bukannya motosikal saya itu dari negara lain, dari Sabah sahaja,” luahnya kesal.

Tambah merumitkan keadaan apabila pihak kurier tidak menjelaskan destinasi sebenar motosikal berkenaan dan berharap mendapat penjelasan sewajarnya daripada mereka.

Dia mahu pihak tersebut segera menyelesaikan masalah itu memandangkan itu sahaja kenderaan yang ada dan akan digunakan untuk ke tempat kerja.

“Jadi saya harap pihak kurier lebih peka perkara macam ini, sudah la proses nak pos motor itu banyak syarat, kena hidup cukai jalan, insurans semua.

“Tapi bila dah ikut kehendak mereka, macam ini pula buat pada pelanggan, sekarang ini saya sampai kena pinjam motor orang lain untuk pergi kerja,” katanya.

Sebagai info, RXZ merupakan antara motor lama paling bernilai yang boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit seunit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button