Cerita ArtisHiburan

Azhari Zain Alami Pendarahan Di Kepala, Kini Berada Dalam Keadaan Kritikal

Pengarah popular Azhari Zain kini berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami pendarahan di kepala serta kesukaran menggerakkan kedua-dua belah tangannya.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi satu posting di Facebook Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) hari ini menerusi kenyataan yang dibuat oleh isteri pengarah berkenaan.

“Assalamualaikum, saya bagi pihak isteri En Zack @ Azhari Zain memohon kawan2 yg mengenali beliau untuk mendoakan supaya En Zack kembali pulih.

“Dimaklumkan En Zack kembali kritikal pendarahan di kepala dan kedua-dua belah tangannya Sukar untuk bergerak. Akan di masukkan semula Ke ICU,” ujar menyatakan tersebut.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan berkenaan lagi bacaan Yassin akan diadakan pada malam ini dengan dan berharap agar beliau akan kembali pulih.

“Mohon ampun Maaf Bagi pihak En Zack Jika Ada salah silap En Zack kepada anda Semua. Mohon halalkan makan minum.

“Mohon bacakan Yassin seiklasnya Semoga En Zack mendapat syafaat Allah dan kembali sihat. AamiinBacaan Yassin akan diadakan Mlm ini. In Syaa Allah,” jelasnya.

Sebelum ini, Azhari cukup dikenali sebagai seorang pengarah serta kini memegang jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). – KopiPlanet.com

*Kredit Foto: Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button