PopularViral

Sami Buddha Jemput Penduduk Setempat Ke Majlis Pengebumian Sendiri

Menggunakan cara berbeza untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kematian, seorang sami Buddha di Thailand menjemput penduduk untuk menghadiri majlis pengebumiannya.

Perkara tersebut yang berlaku di daerah 

Phittanulok bukan sahaja menimbulkan tanda tanya tetapi juga dianggap pelik kerana ketua sami tersebut masih sihat.

Jelasnya, dia hanya mahu menyampaikan mesej kepada pengikutnya pengikutnya bahawa kematian adalah normal dan hanya sebahagian daripada kehidupan dengan mengadakan pengebumian tersebut. 

Majlis pengebumian yang dilangsungkan di Kuil Pothiyan mengikut amalan tradisional Buddha Thailand. 

Sebuah keranda dengan mayat palsu yang diperbuat daripada pokok pisang turut dibakar di tempat pembakaran mayat di kuil itu.

Menariknya, ada ukiran bertulis nama sami tersebut, Sunthorn Rajanakhan dengan tarikh lahirnya pada 23 Oktober 1968 dan ‘tarikh kematian’ pada 23 Oktober 2048. 

Dia menjangkakan akan meninggal dunia ketika berusia 80 tahun.

Dalam majlis tersebut juga seramai 55 sami melaungkan doa ketika keranda itu dihantar ke tempat pembakaran mayat sementara penduduk tempatan yang hadir pula perlu berpakaian hitam. 

Jelas sami itu lagi, tiada keperluan lagi untuk mengadakan acara pengebumian setelah dia meninggal dunia kerana sudah dilakukan ketika dia masih hidup.

Sebagai ‘goodies’, penduduk yang hadir kemajlis pengebumian itu mendapat 5 kilogram beras. 

Beberapa penduduk memberitahu media bahawa mereka bercadang untuk membeli tiket loteri dengan nombor yang sepadan dengan usia ketua sami itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button