Cerita ArtisHiburan

Terbabit Dalam ‘Babak Panas’ Bersama Zul Ariffin, Jumlah Followers Siti Hariesa Di Instagram Naik Mendadak

Sejak semalam nama pelakon Siti Hariesa tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila terbabit dengan ‘babak panas’ menerusi drama Perempuan Itu.

Ternyata, ia turut memberi impak kepada pelakon yang dikenali menerusi DFKL 2019 itu apabila jumlah followersnya di Instagram naik mendadak.

Ketika video berkenaan mula menjadi viral di media sosial, followers Instagram pelakon berkenaan hanyalah sekitar 8,552 sahaja.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis jumlah followers miliknya terus meningkat kepada 12,800 dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Sehingga kini, video yang membabitkan Zul dan Siti Hariesa itu terus menjadi bualan netizen, meskipun Zul sudah bertindak memadamnya.

Malah, ketika ini kedua-dua pelakon yang terlibat juga belum membuat sebarang kenyataan mengenai Perkara berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
2
+1
2
+1
8
+1
4
+1
17
+1
69

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button