Rancangan TVTV

Astro Semarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ Dengan Pelbagai Rancangan Menarik Sempena Ramadan-Raya 2022

Bertemakan ‘Semangat Lebaran Kita’, Astro sebagai stesen penyiaran utama negara sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan dengan pengisian yang terbaik yang akan dipimpin drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara berbentuk kerohanian, program-program gaya hidup, realiti dan rancangan istimewa untuk kanak- kanak dan filem-filem blokbuster.

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, sebagai pelopor dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan jalan cerita yang padu, penampilan pelakon-pelakon terhangat dan kerjasama bersama syarikat-syarikat penerbit termasyhur. Formula ini terbukti menghasilkan rancangan-rancangan bermutu yang diminati penonton.

“Ramadan pada tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa buat umat Islam di seluruh Malaysia kerana sudah dua tahun kita semua tidak dapat meraikan sambutan bulan mulia ini dengan sempurna.

“Justeru itu, bagi mencetuskan semula semangat perayaan yang lama terpendam dan dirindui dalam hati kita semua, ‘Semangat Lebaran Kita’ telah kami angkat sebagai tema kempen Ramadan & Raya di Astro bagi tahun ini bersesuaian dengan transisi kita dalam beralih ke fasa baharu untuk bangkit dan pulih daripada gelodak ancaman pandemik,” ujarnya.

Jelas beliau, demi menyemarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk bulan Ramadan ini, Astro akan memeriahkan platform-platform televisyen, radio, aplikasi dan digital kami dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti.

“Bukan sekadar dari segi lakonan, malah pihak Astro juga menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam, dan mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar.

“Antara jalan penceritaan yang diketengahkan adalah seperti kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumah tangga,” ujarnya.

Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan 2022, Astro juga telah melantik duta-duta ‘Semangat Lebaran Kita’ yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka. Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin & Ipin.

Sepanjang bulan Ramadan 1443H, Astro terus berusaha menyajikan pengisian menarik lagi istimewa setiap hari buat tatapan rakyat Malaysia yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana jua, pada bila-bila masa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button