Cerita ArtisHiburan

Tersentuh Hati Dengan Nasib Kanak-Kanak Pelarian Syria, Anuar Zain Bakal Sertai Misi Kemanusiaan Bersama Syria Care

Kali pertama dapat menyertai misi kemanusiaan di luar negara, penyanyi popular Anuar Zain melahirkan rasa teruja untuk merasai sendiri pengalaman sedemikian.

Anuar berkata, apa yang membuatkan dirinya berkobar-kobar untuk turut serta dalam misi berkenaan bersama Syria Care ke Lubnan adalah disebabkan hatinya tersentuh sehingga mengalirkan air mata ketika melihat keganasa dan penderitaan terhadap kanak-kanak Syria sehingga menjadi pelarian.

“Apabila saya beritahu keluarga tentang hasrat ini, mereka memberikan sokongan asalkan saya gembira dengan apa yang ingin dilakukan. Berkenaan keselamatan dan keselesaan, ia tidak menjadi persoalan utama kerana lebih penting semuanya akan berjalan lancar.

“Malah, Pengerusi Syria Care iaitu Ustazah Siti Sakinah juga memaklumkan ketika di sana nanti pun mungkin kami akan menumpang di rumah orang,” jelasnya.

Anuar berkata demikian ketika ditemui semasa sedang media Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 dan kerjasama syarikat pengurusannya, Anuar Zain Network di pejabat Syria Care, Shah Alam, baru-baru ini. 

Syria Care akan melaksanakan Misi Kemanusiaan kali ke-13 pada penghujung Mac di tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Lubnan dań akan memakan masa selama dua minggu.

Selain urusan memantau projek dapur Ramadan serta projek-projek Syria Care, proses agihan bantuan dan sumbangan juga akan turut dijalankan.

Misi Kemanusiaan kali ini turut disokong oleh Anuar Zain yang mana beliau akan turut serta bagi melaksanakan misi bantuan di Lubnan dan akan berangkat ke Lubnan pada 11 April ini serta berada lapan hari di sana.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Lelaki Ini juga menyatakan dapat menyertai misi sedemikian adalah suatu pengalaman yang sangat bernilai.

“Paling utama, kehadiran kami akan memberikan mereka kekuatan bagi meneruskan hidup. Sebagai manusia, kita dilahirkan untuk berkongsi dan membantu dari apa yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah SWT,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button