Cerita ArtisHiburan

Izmir Tampil Dengan Single Baharu Maaf, Kisah Suami Yang Tidak Menghargai Isteri

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru berjudul ‘Maaf’ hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir Fareez sendiri sebagai penulis lirik.

Izmir berkata, pengarah muzik dan penerbit untuk lagu ‘Maaf’ ini adalah Along Exists serta pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni dan ia digubah pada saat akhir kerana kurang bersesuaian dengan versi asal.

“Pada asalnya lagu Maaf ini dicipta pada tahun 2020, ia bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang.

“Lagu ini menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri,” jelasnya.

Ujarnya, setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu berbunyi ‘jiwang 90an’ ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi ‘jiwang 90an’ ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik kematian kepada percintaan.

“Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap saya gubah, tetapi disebabkan saat dan ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal.

“Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu ‘Maaf’ ini pada tahun 2021,” jelasnya.

Penggambaran video muzik lagu ‘Maaf’ yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu ‘Maaf’.

Pelakon utama di dalam video muzik ini adalah Arie Laso dan Aleya Trisya yang kedua-duanya juga merupakan model pakaian lelaki dan perempuan. 

‘Pada asalnya memang kita hendak membuat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah’, ujar Izmir Fareez.

Ditanya mengenai harapan Izmir Fareez terhadap lagu ini, beliau menjawab, ‘Saya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita.’

Muzik video lagu ‘Maaf’ ini boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau boleh juga menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio di tanah air. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button