Cerita ArtisHiburan

Elyana Kini Bernaung Sebagai Artis MCN, Mahu Aktif Di Platform YouTube Kongsi Pengalaman Sebagai Bekas Pesakit Kanser

Pada minggu lalu pihak WebTVAsia dan Playground Asia telah menandatangani kontrak bersama seorang artis yang popular dengan lagu Niat, Kalis Rindu dan Tapak Sulaiman iaitu Elyana sebagai artis MCN terbaharu mereka.

Menerusi kerjasama tersebut, Elyana bakal meneruskan perjuangannya sebagai bekas pesakit kanser limfoma dengan memberikan inspirasi tentang kehidupan seharian beliau melalui projek bersama WebTVAsia.

“Saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana pihak WebTVAsia memberikan peluang untuk saya berkarya dan merealisasikan impian saya. Sebenarnya memang sudah lama saya ingin aktif dalam YouTube sebab ada terlampau banyak yang sayaingin kongsikan kepada peminat saya.

“Harapan saya untuk projek ini, dapat memberi manfaat bukan untuk diri saya dan ‘team’ sahaja, malah untuk semua yang pernah melalui pengalaman seperti saya. Mungkin saya dapat memberi semangat dan inspirasi keceriaan dalam hidup bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Saya percaya, ramai lagi insan di dunia ini yang memerlukan semangat ini untuk meneruskan hidup mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, Fred Chong pula berkata, beliau amat berbangga dengan kejayaan Elyana selama berbelas tahun berjuang sebagai bekas pesakit kanser limfoma tahap empat.

“Walaupun Elyana sudah beberapa tahun berehat, saya percaya Elyana masih mampu memeriahkan lagi industri hiburan dan boleh berkongsi inspirasinya ke seluruh pelusuk dunia.

“Pihak kami juga percaya Elyana mampu menyuntik semangat dan inspirasi buat ramai lagi insan yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau. WebTVAsia juga turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan para creator seluruh Asia,” jelasnya.

WebTVAsia merupakan sebuah syarikat hiburan digital yang mempunyai lebih 3000 saluran YouTube seluruh Asia Tenggara (3 Diamond Button, lebih 100 Gold Button dan lebih 1000 Silver Button). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button