Cerita ArtisHiburan

Saluran YouTube Namewee Kena Hacked, Hampir 1,000 Video Yang Dimuat Naik Turut Hilang

Saluran YouTube milik penyanyi dan pelakon Namewee dikatakan telah dihacked sehingga menyebabkan hampir 1,000 video yang dimuat naik hilang.

Menerusi laporan portal fokustaiwan.tw, selain video-video tersebut hilang, nama saluran Youtube tersebut telah ditukar dalam bahasa Rusia.

Dalam laporan itu juga menyatakan ejen Namewee memaklumkan pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali semua video-video yang hilang.

Sementara itu, saluran YouTube miliknya itu mula dihasilkan pada tahun 2006 dah sehingga kini sudah mencatat sebanyak 3.27 juta langganan.

Sebelum ini, dia yang terkenal dengan komen dan lagunya yang menyentuh topik sosial dan politik yang sensitif pernah menjadi bualan hangat pada bulan Oktober.

Ia berikutan lagunya berjudul Fragile telah  menyindir pengguna internet Cina yang nasionalistik serta telah ditarik dari perkhidmatan penstriman muzik di China. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button