HiburanSelebriti

“Apa Masalah Bibik Makan Tak Semeja Dengan Saya, Awak Nak Dia Duduk Atas Riba Saya?” – Dato Seri Vida Bidas Kecaman Netizen

Usawahan popular Dato Seri Vida atau DSV membidas kecaman netizen berkenaan video yang viral menunjukkan dia pembantu rumah tidak makan semeja sewaktu berbuka puasa.

Menerusi perkongsian video di Instagram, usahawan berkenaan juga terkejut dengan perkara berkenaan sehingga dikatakan tidak setaraf.

“Eh awak ni kan tak kerja sampai nak cari pasal kutuk saya. Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya. Awak nak suruh dia duduk atas riba saya?

“Saya bagi bibik makan, waktu saya makan juga. Waktu berbuka mereka makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah, lagipun bibik makan dengan kakak saya Mok Jah. Macam satu family,” jelasnya.

Sebelum ini, DSV mendapat kecaman segelintir warga netizen apabila makan di meja yang berasingan dengan pembantu rumah sehingga dikatakan tidak setaraf.

Dalam pada itu, menerusi ruangan caption pula, usahawan berkenaan menegaskan supaya lebih baik berdiam diri jika tiada perkara baik yang nak dikongsikan.

“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman.

“Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan di perkatakan, lebih baik diam,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button