AntarabangsaHollywood

Insiden Lempang, Will Smith Dilarang Hadiri Acara Oscar Selama 10 Tahun

Pelakon popular Hollywood, Will Smith telah dilarang daripada hadir ke sebarang majlis anugerah Oscar selama 10 tahun berikutan insiden melempang pelawak Chris Rock di atas pentas baru-baru ini.

Selain itu, pelakon berkenaan turut tidak dibenarkan menghadiri sebarang acara lain yang dianjurkan oleh Akademi Seni dan Sains Filem sepanjang sedekad.

“Ahli lembaga telah memutuskan selama 10 tahun iaitu dari 8 April 2022, Smith dilarang menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara bersemuka atau secara maya,” kata Presiden Akademi, David Rubin dan Ketua Eksekutif (CEO) Dawn Hudson dalam satu kenyataan bersama.

Dengan larangan itu, ia bermakna pelakon tersebut tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan, yang merupakan tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Namun begitu, anggota lembaga Akademi tidak memutuskan sama ada untuk menarik balik anugerah pelakon terbaik yang dimenangi oleh Smith pada bulan lalu menerusi filem King Richard atau melarangnya daripada mendapat sebarang pencalonan atau kemenangan Oscar pada masa hadapan.

Dalam satu kenyataan balas, Smith berkata beliau menerima dan menghormati keputusan yang dibuat pihak Akademi.

Pada minggu lalu, dia meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. – KopiPlanet.com


Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button